Wednesday, November 11, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 1 Wuzhen

Alhamdulillah.

Tahun ni ada rezeki travel lagi. Tapi bukan bacpackers style kali ni pergi dengan travel agent sebab dapat free voucher masa berbelanja di home fair. Actually takdela 100% free. First voucher je free nak add on kena tambah lagi RM400 per voucher. Lepas tu tak termasuk tipping, visa, compulsory tour, ticket flight bla bla. Total semua mau riban gak. Destinasi kali ni ke Shanghai, China. Ada lima daerah akan pergi iaitu Hangzhou, Wuzhen, Suzhou, Wuxi dan Shanghai.

Kitorang pilih October untuk travel ke China sebab nak merasa autumn. Sebelum ni asek pergi time spring. By the way rasanya time spring lagi best kot. Weather sngat nyaman nak compare ngan autumn ni agak panas sikit about 25 degree celcius. Lepas tu tak de plak pokok kaler-kaler oren, merah, kuning tu. Maybe kitorang silap pilih date atau tempat tu tak ada autumn leaves nyiahaha. Actually trip ni 5 days 4 nights tapi kitorang terpaksa extend one day sebab takde return ticket ke Kuala Lumpur untuk hari ke lima tu.

Ticket flight: RM16XX (2 pax)
Visa: RM2XX (2pax)
Travel agent RM: 14XX (2pax) (tipping, compulsory tour, muslim food, extend day)
Currency: RM1 = 0.66 yuan RMB (tukar RM2000 dapat RM3000 yuan RMB)

Ni first time depart kat KLIA 2. Masa nak check in semua berjalan lancar tapi bila time kat immigration check point passport ada masalah tak lepas kat electronic biometric scan tu sebab passport dah nak expired less than 6 months. Mampos. Masa tu dah cuak gila nasib ada sorang immigration officer tu tolong dia kata pegi buat secara manual kat kaunter tapi dia tak jamin boleh lepas masa kat China nanti. Buat kat kaunter alhamdulillah lepas tapi hati masih tak seronok selagi tak lepas kat airport Hangzhou nanti.

Dalam flight muka sugul je. Husband kata jangan fikir sangat insha Allah takde apa-apa. Sampai kat airport Hangzhou semua berjalan lancar. Ya Allah happy giler time tu. Syukur...dah boleh bercuti dengan tenang yay!

Keluar dari arrival hall kitorang disambut oleh agent dari Malinja Travel. Sekali semua dalam group tu Cina da..total 35 orang termasuk sorang toddler. Kebanyakan datang sebab free voucher gak. Huhu. Bila dah cukup semua orang kitorang bergerak ke arah bas yang dah sedia menunggu.

Destinasi pertama adalah ke Wuzhen. Agak lama jugak perjalanan kira-kira sejam. Tour guide tu tak berhenti bercakap masa dalam bas tapi satu benda pun kitorang tak paham sebab dia cakap cina. Sesekali je ada dia explain dalam English. Huh..

Sempat jugak berhenti kat satu tempat macam R&R sebab nak ke toilet lepas tu dah nak dekat pukul 3 petang barulah kitorang sampai di Wuzhen tapi singgah kejap je. 





Lepas berhenti dalam setengah jam kitorang teruskan perjalanan ke Suzhou. Masa perjalanan lebih kurang sejam jugak. Masa sampai di Suzhou cuaca dah gelap. Pukul 5.30 petang dah macam pukul 7 petang waktu Malaysia.

Sampai di Suzhou tempat pertama yang diorang bawak adalah ke Bird Nest lepas tu kat tempat apa tah macam mall dia kata Suzhou new area. Dulu kawasan tu kawasan farming land tapi ada investor dari Singapore datang dan bangunkan kawasan tu jadi moden. Banyaklah bangunan tinggi-tinggi kat situ.

Bird Nest

tasik sekitar Bird Nest
Lepas dah ambil gambar dan ke toilet kitorang naik bas semula. Masa ni ada sorang local guide perempuan. Muka macam sombong je. Tak tegur langsung kitorang. Cakap Cina je langsung tak cakap English. Cakap dah la tak berhenti-henti. Sakit telinga dibuatnya. Grrr..Pastu dia bawak kitorang ke shopping mall apa tah. Macam tak menarik je. Cuma macam ada show kat LCD besar. Tapi kitorang sampai kat tempat tu sempat tengok dalam 5 minit je terus show abes. Huhu.

ni lah show kat shopping mall tu

Lepas tu dalam pukul 9 malam perut dah lapar sangat barulah diorang bawak kitorang pergi restoran. Masa tu dah nervous restoran apalah yang diorang nak bawak ni. Harap-harap makanannya halal lah seperti yang dah direquest. Kitorang siap bayar RM30 per day lagi untuk Musim food.

Sesampai di restoran tengok arragement macam tak teratur. Makanan lambat sap. Air pun tak dihidangkan. Semua ahli tour group mengeluh. Redha jelah makan apa yang ada.

rezeki malam tu. jadi vegetarian kitorang, sayur, sayur, sayur dan telur
After makan badan dah letih sangat mata pun dah mengantuk. Nasib baik tour guide bawak terus ke hotel. Malam tu kitorang tidur di Kai Yuan Man Ju Hotel, Suzhou. Okeylah jugak hotel dia. Agak selesa. Ada wifi tapi kat China tak boleh buka facebook, google, instagram dan sebagainya. Yang dapat cuma Whatsapp je...hukhukhuk. Bolehlah dari takde.

ada tingkap kaca sebelah katil tu dengan bilik air. so, boleh nampak kalau ada orang mandi. hihi

Okay, sambung untuk Day 2 di next entry. K bai.




4 comments :

  1. huhuhu...seb baik ilik share ngan lakik sendiri eh... :-P
    group tour tu yg lain chinese gak ke dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah semua chinese..nasib baik diorang leh translate kat kitorang apa yg tour guide cakap hihi

      Delete
  2. Semua cina ? Kalau laki ida tu mantik ida kene marah amik tour ngan dak cina. Hahahaha. That y xsuka touur... mahal byr tapi ntah papeee... sib baikk gmbr lawaa.tempat2 best. best ! Hehehe

    ReplyDelete
  3. mcm best jerr... actually enjoy x ur trip to shanghai? tour guide de bawa ke kedai2 n pakse beli pearl ke teh ke pe? layanan tour guide ok x?

    ReplyDelete